Welcome Notes

Sunday, March 28, 2010

KARNIVAL JUALAN HARI KANTIN SKTS 2010






Karnival jualan hari kantin SKTS 2010 telah diadakan pada 27.03.2010 iaitu hari Sabtu bermula jam 8.00pagi hingga 4.00 petang. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh En Kamaruzaman Bin Bahaman, Pengarah Jab Perkhidmatan & Kesihatan Majlis Perbandaran Nilai.
Program ini adalah anjuran JK PIBG 2009/2010 yang bertujuan untuk mengumpul dana PIBG bagi menampung perbelanjaan aktiviti pelajar bagi mencapai kecemerlangan di bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah di samping membina & mengukuhkan hubungan antara PIBG, pihak sekolah & ibu bapa serta mewujudkan keharmonian, keselesaan juga berprasangka baik antara PIBG, ibu bapa dan guru SKTS. Antara aktiviti yang diadakan ialah jualan beranika makanan, minuman dan barangan, permintaan lagu, permainan kanak-kanak, persembahan pelajar, pertandingan mewarna, gubahan & futsal, perkhidmatan Jab.Pendaftaran Negara, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi anti dadah kebangsaan, pameran Jab.Keselamatan J/raya, pameran Jab. Bomba, promosi bank perdagangan serta 'rumah hantu'.

Wednesday, March 24, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431












Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Mac 2010 bersamaan dengan 19 Rabiulawal 1431 iaitu hari Jumaat. Majlis bermula dari 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk persembahan nasyid, tilawah, perarakan, pertandingan mewarna dan lain-lain lagi.

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN SKTS 2010

Program Pemantapan Disiplin SKTS 2010 telah dilancarkan pada 1 Mac 2010 oleh tuan guru besar SKTS. Matlamat program ini adalah untuk meminimumkan kadar kemalangan, membina sahsiah yang baik, memupuk sikap yakin pada diri dan berdisiplin serta menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Antara objektifnya mempertingkatkan sikap bertanggungjawab warga SKTS terhadap sekolah, membina akhlak yang mulia dan berketrampilan, melatih warga SKTS mematuhi peraturan dan keselamatan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memupuk disiplin kendiri yang positif di kalangan warga SKTS.

Thursday, March 18, 2010

TERIMA KASIH CIKGU JULIE



Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Nor Julie Juana Bt Zahuddin kerana telah mengendalikan tugas guru kelas Pra USM bagi menggantikan Pn Rizi yang cuti bersalin selama 2 bulan bermula dari awal Januari hingga akhir Februari.

MINGGU PUSAT SUMBER 2010

Minggu Pusat Sumber SKTS diadakan dari 22-25 Feb 2010. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk jualan kad pinjaman, jualan penanda buku, teka silangkata, sodoku, mewarna, membuat poster, bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, kuiz, senamrobik dan lawatan murid Tahun 1 ke PSS.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin