Welcome Notes

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA 1430


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat menyambut Aidil Adha buat semua pengunjung blog ini.

SELAMAT BERCUTI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat bercuti dan selamat kembali semula ke sekolah pada 2010.

JAMUAN AKHIR TAHUN & PERPISAHAN





Jamuan akhir tahun dan perpisahan Cikgu Nor Yusniza telah diadakan pada 20 November 2009 bermula jam 11.30 pagi anjuran kelab staf SKTS bertempat di kantin sekolah. Acara bermula dengan bacaan doa, ucapan pengerusi kelab, ucapan guru besar dan ucapan dari Cikgu Yusniza yang akan bertukar ke Kedah, negeri asal beliau. Seterusnya penyampaian cenderamata dari kelab staf kepada Cikgu Yusniza yang berupa sebentuk cincin emas dan penyampaian cenderamata kepada guru-guru dan staf yang yang menyambut hari lahir pada bulan Ogos hingga Disember. Menu yang dihidangkan adalah masakan kampung yang sememangnya enak.

HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN 2009



Perhimpunan akhir tahun 2009

8 orang murid prasekolah yang hadir

20 November 2009 merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2009. Hanya 8 orang murid prasekolah sahaja yang hadir pada hari ini. Aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kelas bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Aktiviti sebelum bersurai adalah perhimpunan dan mendengar amanat terakhir dari Guru Besar dan seterusnya sesi bersalaman.

Monday, November 23, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2009




Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah beserta hadiah iringan sebuah beg sekolah kepada semua murid yang disampaikan oleh PK HEM iaitu Pn Faridah Salleh



Penerima Hadiah Matapelajaran Terbaik untuk B.Melayu, B.Inggeris, Matematik serta Sains yang disampaikan oleh Pengerusi J/Kuasa Waris, En Mohamad Mustafiruz B Hamthan
Penerima Hadiah Kecemerlangan bagi Kedudukan Dalam Kelas dari tempat Pertama hingga Keempat serta Hadiah Kehadiran Terbaik dan penyampaian Sijil Penghargaan Program KALAM yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKTS, En Harifin Bin Omar


Sekitar Majlis Konvokesyen Prasekolah yang telah diadakan pada 19 November 2009 bermula jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTS En Harifin Bin Omar.


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009


Hari Anugerah Kecemerlangan 2009 SK Taman Semarak telah diadakan pada 18 November 2009 iaitu hari Rabu bermula jam 2.00 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hasim Bin Rusdi, Exco kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap ADUN kawasan Labu. Pelbagai kategori hadiah telah disediakan iaitu Hadiah Kedudukan Dalam Kelas, Hadiah Terbaik Matapelajaran, Hadiah Kehadiran Penuh, Hadiah Aliran Terbaik, Hadiah Kelas Gempur Bestari, Anugerah Ko-kurikulum Terbaik dan Anugerah Tokoh Murid. Sebanyak empat persembahan dipertontonkan sebagai acara selingan iaitu Persembahan Tarian Moden, Deklamasi Sajak, Persembahan Tarian Joget dan Tarian Bollywood. Majlis ini berakhir jam 5.30 petang. Jamuan ringan turut disediakan kepada semua yang hadir.

Saturday, November 21, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN

Mesyuarat ini telah diadakan pada 13 November 2009 bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Seremban. Mesyuarat ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang. Antara agenda mesyuarat ini ialah ucapan pengerusi majlis, pengurusan kelas termasuk pendaftaran murid 2010, uniform prasekolah dan data prasekolah, agenda lain ialah penyelenggaraan prasekolah, anugerah prasekolah terbilang dan hal-hal lain termasuk penetapan tarikh kursus KSPK, penerangan tentang modul Didik yang dibekalkan oleh Unit Kurikulum dan lain-lain lagi. Semua guru prasekolah daerah Seremban terlibat dalam mesyuarat ini.

Friday, November 20, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN







Bertepatan dengan tema minggu ini iaitu " persediaan ke tahun 1" maka bermula pada 9 November hingga 12 November 2009 murid-murid prasekolah diberi pendedahan tentang 'peperiksaan'. Selain daripada menjawab kertas soalan yang diberikan, murid-murid juga diberitahu tentang peraturan yang perlu mereka patuhi sepanjang peperiksaan itu diadakan seperti jangan bising, jangan meniru, membaca soalan terlebih dahulu dan sebagainya. Hanya empat subjek yang disediakan untuk peperiksaan ini iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sememangnya murid-murid ini teruja untuk menghadapi peperiksaan tersebut kerana sebelum ini pun mereka sering mendengar abang dan kakak mereka menghadapi peperiksaan dan sekarang baru mereka mengalaminya.

Friday, November 6, 2009

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2009


Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah........



Pertandingan mewarna............


Acara sukaneka...............


Futsal dan bola tampar........



Acara kemuncak......persembahan murid...........

Sambutan Hari Kanak-kanak 2009 SK Taman Semarak telah diadakan pada 30 Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat. Pelbagai acara telah dijalankan di sepanjang hari tersebut. Di antaranya pertandingan mewarna, sukaneka, pertandingan bola tampar, bola baling dan futsal. Acara kemuncak adalah persembahan pakaian beragam, sketsa, nyanyian, sajak dan syair. Jamuan juga turut disediakan untuk semua murid dan guru SKTS. Majlis ini berakhir pada jam 12.15 tengahari.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin