Welcome Notes

Sunday, June 27, 2010

PERHIMPUNAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2010














Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan D.K. telah diadakan pada 26 Jun 2010 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 malam dan bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Antara atur cara pada majlis tersebut termasuklah ucapan, jamuan, persembahan, lafaz ikrar dan penyampaian anugerah. Artis jemputan pada majlis tersebut adalah Mawi. Bagi pihak guru-guru SK Taman Semarak, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Sembilan kerana mengadakan majlis yang gilang gemilang ini dan kami sebagai guru di Negeri Sembilan berasa begitu dihargai. Terima kasih sekali lagi.

SEMINAR GURU PRASEKOLAH DAERAH SEREMBAN (KESIHATAN PERGIGIAN) 2010



















Seminar Guru Prasekolah Daerah Seremban berkaitan kesihatan pergigian telah diadakan pada 23 Jun 2010 hari Rabu bermula jam 8.00pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan SJKC Pei Hua, Seremban. Seminar ini adalah anjuran Perkhidmatan Kesihatan Pergigian, Daerah Seremban. Objektif umum seminar tersebut adalah untuk memberi pengetahuan tentang peranan guru prasekolah serta mendapat kerjasama dan penglibatan guru dalam membentuk kesihatan pergigian yang baik dikalangan kanak-kanak prasekolah. Objektif khusus pula adalah untuk meningkatkan pengetahuan guru prasekolah dalam penjagaan kesihatan pergigian murid prasekolah, menambah pengetahuan guru bagi dipraktikkan dalam penjagaan kesihatan pergigian murid prasekolah, mendedahkan kepada guru prasekolah supaya menjadikan kesihatan pergigian salah satu aktiviti dalam pendidikan akademik serta mengeratkan dan mengukuhkan silaturrahim di antara guru-guru prasekolah dengan Jabatan Kesihatan Pergigian Daerah Seremban. Terdapat tiga sesi ceramah dan penceramah penceramah tersebut adalah Dr Selvarani , Dr Aniza dan Dr Harlina selain ceramah, kuiz dan pameran juga turut diadakan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Dr Selvarani yang mewakili Dr Kamariah Ibrahim TPKN (G).

Thursday, June 24, 2010

KURSUS ICT GURU-GURU PRASEKOLAH JPNNS 2010













Kursus Peningkatan Profesionalisme Literasi ICT Guru-Guru Prasekolah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ini telah diadakan dari 1 hingga 3 Jun 2010 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. Kursus ini adalah anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kursus ini adalah bagi memenuhi keperluan Pelan Tindakan Pelaksanaan Peluasan Prasekolah di bawah National Key Result Areas (NKRA). Adalah menjadi harapan agar kursus ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan peralatan serta perisian ICT dengan lebih optimum dalam literasi bahan ICT dalam P&P serta mendedahkan kepada guru teknik memanipulasikan bahan ICT dalam menyesuaikan pelaksanaan P&P.

KREATIVITI MURID-MURIDKU



Sesi bercerita tentang hasil kerja






Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 20 Mei 2010, aktiviti ini adalah membuat gambar menggunakan doh selepas itu menceritakan semula tentang gambar yang dihasilkan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin