Welcome Notes

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010




Gotong-royong perdana sempena hari guru 2010 telah diadakan pada 15 Mei 2010 dan ianya diadakan serentak seluruh Malaysia. Gotong-royong di SKTS bermula jam 8.00 pagi . Selain para guru, gotong-royong ini juga turut dibantu oleh AJK PIBG dan murid-murid Tahun 5. Jamuan ringan juga turut disediakan. Majlis ini berakhir jam 1.00 petang.

JAMUAN PERPISAHAN GURU BESAR & GURU-GURU SKTS




[ Foto-foto ini diambil daripada FB Qaus Quzah ( Ustazah Suraya) - terima kasih ]


Pada 14 Mei 2010 bermula jam 2.30 petang dan bertempat di Nilai Spring Golf Resort telah diadakan Majlis Jamuan Perpisahan Guru Besar dan guru-guru SKTS. Guru Besar SKTS iaitu En Harifin Bin Omar telah bertukar ke SK Dato' Shah Bandar Abu Bakar, Labu Hilir. Guru-guru SKTS yang bertukar pula ialah En Azmi Johari dan Pn Norhayati Alias dan kedua-duanya bertukar ke SK Desa Jasmin, Nilai. Selain dari ucapan, pada majlis ini juga diadakan penyampaian hadiah oleh para guru kepada Tuan Guru Besar, En Harifin. Pada majlis ini juga diadakan acara memotong kek oleh En Harifin dan isteri sempena ulangtahun perkahwinan mereka dan ia adalah acara kejutan untuk kedua-duanya. Majlis ini berakhir sekitar jam 5.00 petang.

MINGGU BAHASA MELAYU 2010

Adik Nur Farahiyah Fauzan ( Pra UTM) & adik Exioyen (Pra USM) telah memenangi pertandingan tulisan cantik prasekolah

Minggu Bahasa Melayu telah pun dijalankan dari 3 hingga 7 Mei 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTS, En Harifin Bin Omar. Pelbagai acara telah dirancang, antaranya pertandingan tulisan cantik bagi murid-murid prasekolah, pemulihan dan tahap 1 dan 2, pertandingan pidato, mengarang, bercerita, sajak, perbahasan, teka silang kata dan buku skrap. Matlamat Minggu Bahasa Melayu ini adalah untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas Bahasa Melayu serta membantu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berjalan lebih efektif.

SESI FOTOGRAFI PRASEKOLAH 2010


Sesi fotografi ini berlangsung pada 2 April 2010 bersamaan hari Jumaat. Foto diambil secara individu dan kelas. Masih mengekalkan khidmat jurufoto dari Anis Foto.

Saturday, May 1, 2010

ENGLISH PRESTIGIOUS WEEK 2010

English Prestigious Week telah diadakan dari 5 hingga 9 April 2010. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTS iaitu En Harifin Bin Omar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti colouring contest, word maze, story telling competition, morning quiz dan sebagainya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin