Friday, November 6, 2009

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2009


Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah........



Pertandingan mewarna............


Acara sukaneka...............


Futsal dan bola tampar........



Acara kemuncak......persembahan murid...........

Sambutan Hari Kanak-kanak 2009 SK Taman Semarak telah diadakan pada 30 Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat. Pelbagai acara telah dijalankan di sepanjang hari tersebut. Di antaranya pertandingan mewarna, sukaneka, pertandingan bola tampar, bola baling dan futsal. Acara kemuncak adalah persembahan pakaian beragam, sketsa, nyanyian, sajak dan syair. Jamuan juga turut disediakan untuk semua murid dan guru SKTS. Majlis ini berakhir pada jam 12.15 tengahari.

Tuesday, November 3, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR KE 3 & JAMUAN AKHIR TAHUN



Penyediaan juadah oleh PPM...






Murid-murid Pra UTM
dan murid-murid Pra USM




Antara juadah yang dihidangkan.....



AJK waris yang hadir....



Pekerja Am sekolah yang turut hadir.....



Staf pejabat SKTS termasuk semua Penolong Kanan.....



Guru-guru SKTS yang menghadiri majlis ini..........

Sambutan hari lahir ke 3 bagi murid-murid yang lahir pada bulan Julai hingga Disember serta jamuan akhir tahun telah diadakan pada 28 Oktober 2009 yang lalu. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. J/kuasa waris, pihak pentadbir SKTS, guru-guru dan pekerja am juga dijemput hadir pada majlis ini. Antara menu yang disediakan adalah nasi impit, lemang, rendang ayam, kuah kacang, laksam, roti jala dan lain-lain lagi.

Tuesday, October 20, 2009

PEMILIHAN MURID-MURID PRASEKOLAH 2010

Pemilihan murid-murid prasekolah bagi sesi 2010 telah pun dilaksanakan oleh pihak pentaddbir sekolah serta guru-guru prasekolah. Bagi murid-murid yang telah dipilih, surat tawaran telah pun diedarkan kepada ibu bapa murid-murid tersebut. Surat jawapan setuju terima juga telah pun dikembalikan kepada pihak prasekolah sebelum 16 Oktober 2009 yang lalu. Setakat ini semua murid yang ditawarkan ke prasekolah SKTS bersetuju menerima tawaran tersebut. Bagi murid-murid yang tidak mendapat tawaran pula, surat jawapan akan diedarkan bermula pada 1 November 2009.

Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA STAF SKTS






Jamuan hari raya Aidil Fitri ini telah diadakan pada 7 Oktober 2009, majlis ini adalah anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKTS. Majlis ini juga turut dihadiri oleh semua guru-guru Kelas Agama Petang serta pekerja-pekerja am sekolah. Majlis bermula pada jam 1.35 petang dan berakhir jam 3.00 petang. Pelbagai juadah disediakan kerana jamuan yang diadakan berkonsepkan 'pot luck'. Dua orang guru wanita iaitu Pn Shakila dan Pn Faridah (PK HEM) telah memenangi hamper bagi kategori pakaian paling menarik dan mengikut tema, bagi kategori guru lelaki pula dimenangi oleh En Razali dan En Azrul.

Saturday, October 3, 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI 2009






Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 2 Oktober 2009. Majlis dimulakan dengan perhimpunan, kemudian semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk membuat persiapan 'kelas terbuka'. Pada majlis ini semua murid SKTS memakai 'baju raya' dan sememangnya ramai yang bergaya. Majlis ' kelas terbuka' berakhir jam 11.30 pagi dan sebelum bersurai semua murid diarah membersihkan kelas masing-masing.

Monday, September 21, 2009

SALAM AIDIL FITRI


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KHAS UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI SERTA RAKAN-RAKAN BLOGGER.

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADHAN




Majlis penutup Ihya' Ramadhan dimulakan dengan Majlis Khatam Quran oleh murid-murid Tahun 6. Seterusnya diadakan majlis penyampaian sumbangan duit raya untuk murid-murid RMT. Acara kemuncak adalah sesi bersalaman antara murid-murid dengan semua guru SK Taman Semarak. Majlis bersurai pada jam 1 petang.

Blog Widget by LinkWithin