Welcome Notes

Saturday, February 7, 2009

SESI PERSEKOLAHAN 2009

Sesi persekolahan 2009 telah bermula pada 5 Januari 2009. Prasekolah SK Taman Semarak masih menerima kehadiran 50 orang murid bagi dua kelas. Hari pertama persekolahan ini dimulakan dengan mengadakan perhimpunan rasmi di tapak perhimpunan SK Taman Semarak. Perhimpunan ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Walaupun murid-murid prasekolah baru saja menjejakkan kaki ke sekolah ini, didapati mereka boleh bersama-sama melibatkan diri dalam perhimpunan ini. Selepas perhimpunan, murid-murid prasekolah bersama ibu bapa maing-masing beredar ke kelas prasekolah. Satu taklimat ringkas yang disampaikan oleh guru Pra UTM bagi mewakili Guru Besar serta perlantikan Jawatankuasa Waris dan mesyuarat tentang aktiviti telah diadakan di kelas Pra UTM. Selepas taklimat tersebut diadakan pula sesi pendaftaran mengikut kelas masing-masing iaitu Pra UTM dan Pra USM.
Secara fizikalnya kedudukan kelas prasekolah ini masih sama cuma beberapa pembaharuan yang dibuat oleh kedua-dua PPM seperti penambahan mural, mengasingkan ruang menonton dan ruang makan yang diaingkan serta mengubahsuai kedudukan perabot di bahagian dapur.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin