Welcome Notes

Monday, August 24, 2009

SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN 2009


Majlis perasmian sambutan Ihya' Ramadhan ini telah diadakan pada 17 Ogos 2009, sambutan ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti kuiz, hafazan, nasyid dan sebagainya. Aktiviti ini diadakan biasanya pada waktu rehat kerana sepanjang Ramadhan kantin sekolah ditutup dan bagi murid yang bukan beragama Islam mereka membawa bekal dari rumah.

Friday, August 21, 2009

PROGRAM KUASAI ABJAD LANTAS ARIF MEMBACA (KALAM)







Ucapan Pengerusi Majlis, Ucapan Perasmian dan Ceramah Penggunaan Buku Kalam



Waktu rehat dan kudapan








Sesi bengkel membuat alat bantu mengajar iaitu kad bunga kata

Program KALAM ini telah diadakan pada 15 Ogos 2009. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Waris Prasekolah SK Taman Semarak. Seramai 25 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Atur cara program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan perasmian oleh Pengerusi iaitu En Mustafiruz dan seterusnya ceramah penggunaan Buku Kalam yang disampaikan oleh Puan Rusni Bt Che Adnan iaitu jurulatih prasekolah kebangsaan dan merangkap guru prasekolah SK Kg Baru Lanjut, Sepang. Bengkel membuat kad bunga kata turut diadakan selepas kudapan. Program yang julung kali diadakan ini mungkin menjadi program tetap pada masa akan datang. Antara objektif program ialah memberi pendedahan kepada ibu bapa cara mengajar anak-anak membaca menggunakan kaedah buku KALAM selain mengadakan kerjasama antara pihak ibu bapa dan prasekolah bagi meningkatkan penguasaan membaca di kalangan murid-murid prasekolah.

Thursday, August 20, 2009

TERIMA AWARD

Terima kasih Cikgu Iza kerana sudi bagi award ni....


Syarat menerima award ini:

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following these Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGiSTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in order for you/your Blog to be added to the Master List
7. Have Fun!
Questions & Your Answers

1. The person who tagged you
Cikgu Khairiza
2. His/her site's title and url
http://cikgukhairiza.blogspot.com/
3. Date when you were tagged
August 20, 2009
4. Persons you tagged:

Prasekolah Sk Bukit Raya Dalam
Prasekolah SK Mata Ayer
Buku Tadika
Prasekolah Seri Cempaka
Periuk Tanah
Ustaz Amir
My Small Little World

Sunday, August 16, 2009

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2009

Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan pada 3 Ogos 2009. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan antaranya pertandingan lagu patriotik, sajak, sketsa, pertandingan mewarna bagi murid-murid prasekolah dan lain-lain lagi. Acara kemuncak dan penutup sambutan kemerdekaan peringkat sekolah pula akan diadakan pada hari Jumaat 21 Ogos 2009.

PERKHIDMATAN RAWATAN PERGIGIAN





Perkhidmatan rawatan pergigian untuk murid-murid prasekolah telah dijalankan sepanjang bulan Ogos ini. Selain pemeriksaan gigi, jururawat bertugas turut memberi ceramah serta tunjuk ajar cara memberus gigi dengan betul. Terima kasih diucapkan kepada para jururawat dari Klinik Pergigian Mantin.

Saturday, August 15, 2009

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH 2010

Pendaftaran murid prasekolah bagi tahun 2010 telah pun bermula pada 1 Ogos 2009 dan berakhir pada 28 Ogos 2009. Kepada ibu bapa atau penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke prasekolah SK Taman Semarak pada tahun 2010 dikehendaki hadir sendiri ke prasekolah untuk mengambil borang dan sila bawa bersama sijil kelahiran anak tuan dan puan. Ini kerana Prasekolah SK Taman Semarak hanya mengambil kanak-kanak yang lahir pada tahun 2004 untuk pengambilan sesi 2010. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan semula ke prasekolah sebelum tarikh tutup iaitu 28 Ogos 2009 bersamaan hari Jumaat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin