Welcome Notes

Monday, July 27, 2009

MESYUARAT JAWATANKUASA WARIS PRASEKOLAH



Mesyuarat ini telah diadakan pada 25 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 2.00 petang bertempat di kelas Pra UTM. Seramai 10 orang AJK termasuk pengerusi telah hadir di mesyuarat ini. Antara agenda mesyuarat adalah mengenai taklimat program kemahiran membaca, membincangkan kertas kerja program kemahiran membaca, jamuan hari raya dan hal-hal lain.

MAJLIS SEMAIAN WAHYU PROGRAM j-QAF-KELAS AGAMA PETANG SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SEREMBAN SATU 2009








Majlis ini telah diadakan pada 25 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00pagi dan berakhir jam 2.00petang. Pada tahun ini, SK Taman Semarak telah terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sekolah-sekolah Daerah Seremban 1. Sebanyak 14 buah sekolah telah menghantar wakil bagi menyertai pertandingan yang diadakan. 4 acara telah dipertandingkan iaitu Kalam Jamai'e, Dikir Arab, Tilawah dan Kuiz. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Ustaz Zuhaidi dari PPD Seremban.

MESYUARAT PENGELOLAAN KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2009





Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 17 Julai 2009 bersamaan hari Jumaat di SK Taman Sri Mawar bermula jam 3.00 petang. Antara agenda mesyuarat termasuklah pengesahan tarikh dan tempat Karnival Prasekolah peringkat Daerah Seremban, taklimat karnival, membincangkan kertas kerja karnival, kewangan dan hal-hal lain. Seramai 44 orang guru prasekolah yang mewakili 44 buah prasekolah dalam Daerah Seremban terlibat dengan mesyuarat tersebut.

Thursday, July 2, 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR KE 2




Sambutan hari jadi kali kedua telah diadakan pada 30 Jun 2009 bersamaan hari Selasa. Ia diadakan bagi meraikan murid-murid prasekolah yang lahir pada bulan April, Mei dan Jun. Seramai 9 orang murid dari Pra UTM dan 7 orang murid dari Pra USM telah diraikan pada majlis tersebut.

Wednesday, July 1, 2009

HARI TERBUKA 1



Pada 27 Jun 2009 bersamaan hari Sabtu, SK Taman Semarak telah mengadakan Hari Terbuka kali kedua tetapi bagi prasekolah ia merupakan Hari Terbuka yang pertama. Seramai 17 orang ibu /bapa dari Pra UTM dan 15 orang dari Pra USM telah hadir pada Hari Terbuka ini. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.

KEM BESTARI SOLAT PERDANA 2009





Kem Bestari Solat Perdana anjuran Panitia Pendidikan Islam dan J Qaf ini telah diadakan pada 20 Jun 2009 bersamaan hari Sabtu. Semua murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 5 terlibat dalam program ini. Semua guru termasuk guru-guru prasekolah, kaunselor, guru-guru Kelas Agama Petang juga terlibat sebagai fasilitator serta dibantu oleh beberapa orang penuntut dari Universiti Sains Islam Malaysia dan beberapa IPT yang lain. Program ini bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin