Welcome Notes

Wednesday, May 11, 2011

AKTIVITI MURID









Gambar yang dipaparkan adalah antara aktiviti murid yang sempat dirakam pada semester 1 2011.

MESYUARAT WARIS 1


Mesyuarat Jawatan kuasa Waris yang pertama telah diadakan pada 20 April 2011 bersamaan hari Rabu. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pentadbir sekolah serta AJK J/kuasa waris. Mesyuarat kali ini dipengerusikan oleh naib pengerusi iaitu En. Azhar B. Mat Yahya.

PEMERIKSAAN KESIHATAN 2011





Pemeriksaan kesihatan telah diadakan pada 20 April 2011. Pemeriksaan kesihatan tersebut dilakukan oleh jururawat-jururawat dari Klinik Kesihatan Nilai. Pemeriksaan tersebut meliputi rambut, kulit, berat badan dan sebagainya.

MINGGU BAHASA MELAYU 2011









Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 18 - 26 APRIL 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan sajak, bercerita, syair, pidato, teka silangkata dan sebagainya. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Guru Besar SKTS, En. Zaharuddin Bin Abu Hassan. Murid-murid prasekolah juga terlibat dalam Minggu Bahasa Malaysia ini dengan menyertai pertandingan tulisan cantik. Pemenang bagi pertandingan tulisan cantik Pra UTM adalahMuhammad Hazim dan Pra USM pula dimenangi oleh Nur Aina.

SAMBUTAN HARI LAHIR 1 2011

















Sambutan Hari Lahir 1 telah diadakan pada 30 MAC 2011 bersamaan hari Rabu bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac. Menu pada hari ini ialah laksam, makanan barat, buah-buahan dan kek serta minuman. J/kuasa pengurusan dan j/kuasa waris juga turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin