Welcome Notes

Wednesday, March 7, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG & KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2011




Majlis ini telah diadakan pada 17 November 2011. Majlis ini juga merupakan aktiviti penutup pada tahun ini bagi murid-murid pra sekolah 2011.

JAMUAN AKHIR TAHUN & HARI LAHIR 4





Majlis ini telah diadakan pada 10 November 2011. Selain dari kek hari jadi, murid-murid juga dihidangkan dengan KFC. Murid-murid yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember diraikan pada majlis hari lahir kali ini.

SUKAN TAHUNAN 2011






Sukan Tahunan SKTS telah berlangsung dari 1 hingga 3 November 2011. Murid-murid prasekolah terlibat dengan acara sukaneka dan laria 50m.

SAMBUTAN HARI KANAK--KANAK 2011





Sambutan Hari Kanak-kanak SKTS telah diadakan pada 14 Oktober 2011. Murid-murid prasekolah juga terlibat mengadakan persembahan pada hari tersebut.

MESYUARAT J/KUASA PEMILIHAN MURID 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid-murid Prasekolah pula telah diadakan pada 6 Oktober 2011. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Semarak dan seramai 7 orang AJK terlibat dalam mesyuarat ini iaitu Cik Hjh Maznah (GPK Akademik), Pn. Azihan (GPK HEM), Pn. Nor Azlina(Guru Pra UTM), Pn.Ruzaini (PPM Pra UTM), Pn. Norashikin (PPM Pra USM) dan Pn. Ayu Hasni (wakil PIBG SKTS) dan En. Azhar (Naib Pengerusi J/K Waris Prasekolah) . Antara agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi majlis, taklimat pemilihan murid prasekolah, memilih murid-murid prasekolah sesi 2012 dan hal-hal lain. Mesyuarat ini telah ditangguhkan jam 3.00 petang.

MAJLIS AIDIL FITRI & HARI LAHIR 3









Majlis Aidil Fitri dan Hari Lahir ke 3 ini diadakan pada 27 September 2011. Majlis Hari Jadi ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September.

LAWATAN KE AQUARIA KLCC 2011







Lawatan ke Aquaria KLCC ini telah diadakan pada 15 September2011. Sememangnya lawatan ini sangat menyeronokkan kerana murid-murid dapat pengetahuan dan pengalaman baru tentang hidupan air.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011





Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan dari 15 Ogos 2011 hingga 9 September 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan lagu-lagu patriotik, mengenali tokoh, pertandingan mewarna dan sebagainya. Semua murid SKTS termasuk prasekolah terlibat dengan aktiviti yang dijalankan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin