Welcome Notes

Monday, October 8, 2012

TAKLIMAT PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU PRASEKOLAH (LONJAKAN 6 BINTANG), JPNS TAHUN 2012

Bermula semalam guru-guru Prasekolah yang prasekolahnya dah dapat 5 bintang ada kursus kat Vistana Hotel, Kuala Lumpur..kursus ni lebih kepada pendedahan nak buat blog..tak macam kursus-kursus yang lain, kursus kali peserta x ramai..cuma 20 orang jer..lelaki pulak sorang...cg. Hatta..nasib baik ada dia..meriah cikit dengan gelagat dia yang selalu mencuit hati..

PROGRAM SENAMROBIK 1M 1S 1MALAYSIA






Program ini telah dijalankan pada hari Selasa (10/07/2012) sempena bulan kecergasan iaitu pada bulan Julai. Program ini diadakan serentak di semua sekolah seluruh Malaysia. kalau nak tahu, baju yang dipakai murid-murid di sponsor oleh Petronas..Terima kasih petronas..Lain kali boleh sponsor lagi..

JAMUAN HARI LAHIR MURID-MURID KALI 1




 Jamuan Hari Lahir murid-murid Prasekolah Kali 1 telah diadakan pada hari Rabu, 27/06/2012..Jamuan ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari - Jun..

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 17.01.2012..
majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK. Taman Semarak, En. Zaharuddin bin Abu Hassan..
 Seorang penceramah telah dijemput untuk memberi ceramah tentang Maulidur Rasul..
perarakan oleh murid-murid...
pemceramah sedang memberi ceramah berkaitan Maulidur Rasul
guru-guru khusyuk mendengar ceramah..
             
cantiknya adik-adik prasekolah kita nie...

Wednesday, October 3, 2012

hari kanak-kanak peringkat sekolah

hari kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 01/10/12..pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah persembahan oleh murid-murid prasekolah.

Wednesday, March 7, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG & KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2011




Majlis ini telah diadakan pada 17 November 2011. Majlis ini juga merupakan aktiviti penutup pada tahun ini bagi murid-murid pra sekolah 2011.

JAMUAN AKHIR TAHUN & HARI LAHIR 4





Majlis ini telah diadakan pada 10 November 2011. Selain dari kek hari jadi, murid-murid juga dihidangkan dengan KFC. Murid-murid yang lahir pada bulan Oktober, November dan Disember diraikan pada majlis hari lahir kali ini.

SUKAN TAHUNAN 2011






Sukan Tahunan SKTS telah berlangsung dari 1 hingga 3 November 2011. Murid-murid prasekolah terlibat dengan acara sukaneka dan laria 50m.

SAMBUTAN HARI KANAK--KANAK 2011





Sambutan Hari Kanak-kanak SKTS telah diadakan pada 14 Oktober 2011. Murid-murid prasekolah juga terlibat mengadakan persembahan pada hari tersebut.

MESYUARAT J/KUASA PEMILIHAN MURID 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid-murid Prasekolah pula telah diadakan pada 6 Oktober 2011. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Semarak dan seramai 7 orang AJK terlibat dalam mesyuarat ini iaitu Cik Hjh Maznah (GPK Akademik), Pn. Azihan (GPK HEM), Pn. Nor Azlina(Guru Pra UTM), Pn.Ruzaini (PPM Pra UTM), Pn. Norashikin (PPM Pra USM) dan Pn. Ayu Hasni (wakil PIBG SKTS) dan En. Azhar (Naib Pengerusi J/K Waris Prasekolah) . Antara agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi majlis, taklimat pemilihan murid prasekolah, memilih murid-murid prasekolah sesi 2012 dan hal-hal lain. Mesyuarat ini telah ditangguhkan jam 3.00 petang.

MAJLIS AIDIL FITRI & HARI LAHIR 3









Majlis Aidil Fitri dan Hari Lahir ke 3 ini diadakan pada 27 September 2011. Majlis Hari Jadi ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin