Welcome Notes

Tuesday, June 30, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN PPM PRA USM





Pada 5 Jun 2009 berlangsungnya majlis akad nikah antara Cik Norashikin dan En Hasrulsani di rumah pengantin perempuan di Kg Jimah Lama, Negeri Sembilan. Majlis persandingan pula diadakan pada keesokan harinya iaitu pada 6 Jun 2009 . Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.....

Monday, June 22, 2009

MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM TRANSFORMASI PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN : PROGRAM RINTIS



Pada 17 hingga 20 Mei 2009, seramai 7 orang guru dari SK Taman Semarak termasuk Guru Besar iaitu En Harifin, GPK 1 Cik Hjh Maznah, dua orang guru prasekolah iaitu Pn Nor Azlina dan Pn Rizi serta 3 orang guru dari Tahun 1 iaitu Pn Misrajah, Pn Yusniza dan Pn Roziana telah menghadiri mesyuarat seperti tajuk di atas di Tiara Beach Resort, Port Dickson yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Program Rintis yang melibatkan murid Prasekolah dan Tahun 1 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sistem pentaksiran yang dibangunkan, personel, prasarana dan latihan dalam menentukan kesesuaian, kebolehlaksanaan dan keperluan bagi pemantapan pelaksanaan sistem pentaksiran tersebut.

Sunday, June 14, 2009

MAJLIS PERSARAAN PN NINA GOH - "GPK KO-KURIKULUM"





Jamuan sempena persaraan Pn.Nina Goh telah diadakan pada 15 Mei 2009 di Nilai Spring Golf Resort manakala majlis kemuncak persaraan yang diraikan bersama murid-murid SKTS pula telah diadakan pada 19 Mei 2009 di sekolah.Walau bagaimanapun,pihak admin blog tidak dapat hadir pada majlis kemuncak tersebut yang diadakan di sekolah kerana terpaksa hadir mesyuarat di Tiara Beach Resort.






Kebanyakkan warga kerja SKTS telah hadir bagi meraikan majlis tersebut.



Justify Full


Semasa hadirin menjamu selera,tayangan foto(slide),yang merakam peristiwa dan pengalaman Pn.Nina dari kecil sehingga beliau hendak bersara telah dipertontonkan.Kelab staf SKTS telah menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada Pn.Nina manakala Pn.Nina pula memberi cenderamata iaitu "key chain" berbentuk hati kepada semua staf SKTS sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

Thursday, June 4, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SKTS 2009



Sesi bersalaman antara murid-murid SKTS dan guru-guru sempena hari guru

Acara pertandingan bola tampar kategori guru lelaki dan guru wanita



Sebahagian dari persembahan oleh para guru





Antara `pose' menarik dari guru-guru SKTS....
Sambutan Hari Guru SKTS peringkat sekolah telah diadakan pada 15 Mei 2009 bersamaan hari Jumaat.
Sambutan tersebut diraikan secara sederhana oleh semua warga kerja dan pelajar SKTS.
Pelbagai acara menyeronokkan telah diadakan yang bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12 tengahari.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin