Welcome Notes

Monday, June 22, 2009

MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DALAM TRANSFORMASI PENTAKSIRAN PENDIDIKAN KEBANGSAAN : PROGRAM RINTIS



Pada 17 hingga 20 Mei 2009, seramai 7 orang guru dari SK Taman Semarak termasuk Guru Besar iaitu En Harifin, GPK 1 Cik Hjh Maznah, dua orang guru prasekolah iaitu Pn Nor Azlina dan Pn Rizi serta 3 orang guru dari Tahun 1 iaitu Pn Misrajah, Pn Yusniza dan Pn Roziana telah menghadiri mesyuarat seperti tajuk di atas di Tiara Beach Resort, Port Dickson yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Program Rintis yang melibatkan murid Prasekolah dan Tahun 1 ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sistem pentaksiran yang dibangunkan, personel, prasarana dan latihan dalam menentukan kesesuaian, kebolehlaksanaan dan keperluan bagi pemantapan pelaksanaan sistem pentaksiran tersebut.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin