Welcome Notes

Thursday, July 15, 2010

sumber : http://www.moe.gov.my/

NKRA Pendidikan

NKRA

The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system
The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.



1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

Sunday, July 11, 2010

PERSIDANGAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2010










Foto-foto dari Album FB Byzura Saidi

Persidangan Prasekolah Kebangsaan 2010 ini telah diadakan pada 30 Jun 2010 hingga 2 Julai 2010 bertempat di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Sunday, July 4, 2010

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SKTS 2010













Bengkel Pengurusan Pusat Sumber SKTS ini telah diadakan pada 1 Julai 2010 bersamaan hari Khamis bermula jam 2.30 petang. Majoriti guru SKTS terlibat dengan program ini. Program ini bertujuan untuk mengemaskini pengkodan buku-buku yang terdapat di Pusat Sumber SKTS. Jamuan ringan turut disediakan di akhir program ini.

SAMBUTAN HARI LAHIR 1 2010





















Sambutan hari lahir 1 bagi tahun 2010 telah diadakan pada 30 Jun 2010 bersamaan hari Rabu. Majlis ini diadakan bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Seramai 11 orang murid dari Pra UTM iaitu Nurul Shahirah, Nur Farahiyah, Nur Dina Sofia, Nur Farah Farhana, Najwa Wahidah, Alya Maisarah, Muhammad Rifai'e, Mohd Haziq Ikhwan, Ammar Danial, Mohamad Amin dan Kamarul Danial serta 12 orang murid dari Pra USM iaitu Alya Mahirah, Anis, Exioyen, Qistina, Syafiq, Fauzan, Waiz, Aqil, Adam telah diraikan pada majlis tersebut. Pihak pentadbir sekolah iaitu Guru Besar, En Zaharuddin, PK1 Cik Hjh Maznah, PK Hem Pn Faridah, PK Kokurikulum, Pn Azihan serta beberapa orang guru, staf sokongan serta pekerja am juga turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin