Welcome Notes

Sunday, January 17, 2010

ULANG TAHUN PERTAMA


Happy Anniversary
Graphics



Hari ini genap setahun blog Prasekolah SK Taman Semarak ini diwujudkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penciptaan blog ini serta kepada semua pengunjung blog ini.

Monday, January 4, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010

Pada hari ini, 4 Januari 2010 bersamaan hari Isnin bermulanya sesi persekolahan bagi 2010. Perhimpunan rasmi tidak dapat dijalankan kerana hujan, walaupun begitu semuanya berjalan dengan lancar. Bagi prasekolah, hanya terdapat seorang murid sahaja yang menangis apabila ditinggalkan oleh ayahnya. Murid tersebut berhenti menangis dan mula berinteraksi dengan rakan-rakan 10 minit kemudian. Pada hari pertama persekolahan ini, murid-murid prasekolah telah dibenarkan pulang jam 11.30 pagi.

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH 2010

Pendaftaran murid prasekolah SKTS bagi sesi 2010 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 3 Januari 2010. Jutaan terima kasih diucapkan pada Cikgu Roziah Razak yang mengendalikan pendaftaran bagi kelas Pra USM kerana guru kelas tersebut cuti bersalin. Bagi kelas Pra UTM dikendalikan sendiri oleh guru kelas, Cikgu Nor Azlina dan Pn Norashikin, PPM Pra USM pula mengendalikan uniform serta mengambil catatan berkaitan dengan kenderaan yang dinaiki murid ketika pulang. PPM Pra UTM juga tidak dapat hadir kerana menguruskan kemasukan anak di asrama. Pendaftaran ini bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 2.oo petang. Hanya 3 orang murid sahaja yang masih belum daftar.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin