Welcome Notes

Saturday, January 24, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN & ANUGERAH CEMERLANG PRASEKOLAH 2008

Aktiviti yang terakhir pada tahun 2008 adalah Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang Prasekolah 2008 yang diadakan pada 12/11/08. Pada majlis ini diadakan penyampaian sijil dan cenderamata bagi semua murid prasekolah serta penyampaian hadiah terbaik bagi komponen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Kerohanian dan Moral serta Kreativiti dan Estetika. Majlis ini juga diselang selikan dengan persembahan bercerita Bahasa Melayu, Deklamasi sajak serta Nyanyian dan Gerakan. Semua hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Taman Semarak iaitu En Harifin Bin Omar, GPK 1 iaitu Cik Hjh Maznah, GPK Ko-kurikulum Pn Nina Goh dan Pn Nor Yusniza iaitu Naib Pengerusi J/kuasa Waris prasekolah. Majlis ini juga telah dirasmikan oleh tuan Guru Besar dan telah berakhir pada jam 10.30 pagi.

samb.................











OKTOBER
Sambutan Hari Raya dan Jamuan Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 8/10/08. Beberapa orang murid prasekolah terlibat dalam acara pertunjukan fesyen. Pada Hari ini juga semua murid prasekolah memakai pakaian raya. Murid-murid juga telah membawa pelbagai jenis kuih raya bagi jamuan tersebut.
NOVEMBER
Pada 6/11/08, prasekolah telah mengadakan jamuan hari jadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan Julai hingga Disember serta jamuan akhir tahun. Semua Jawatankuasa Prasekolah dan pihak pentadbir sekolah dijemput hadir pada majlis tersebut.

samb.................

OGOS
Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Sembilan pula telah diadakan pada 9/8/08 di SK Tunku Muda Serting. Seramai 2 orang murid dari Prasekolah SK Taman Semarak telah dipilih untuk mewakili PPD Seremban bagi acara pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan mewarna. Murid-murid tersebut adalah adik Rabiatul Adawiyah Bt Rizahuddin bagi pertandingan bercerita dan adik Nur Diana Batrisyah Bt Mohammad bagi pertandingan mewarna. Walau bagaimanapun kedua-duanya tidak mendapat apa-apa kemenangan di peringkat negeri ini.

Pada 29/8/08 telah diadakan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah dan semua warga SK Taman Semarak telah terlibat dalam program ini termasuk murid-murid prasekolah.

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH SEMESTER 2 2008




















JULAI

Pada 3/7/08 pihak prasekolah telah menganjurkan Pertandingan Hari Bakat. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah ke Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Seremban. Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan iaitu Bercerita Bahasa Melayu, Hafazan dan Sajak. Adik Rabiatul Adawiyah dari kelas Pra USM telah terpilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu manakala adik Nurul Farahin yang juga dari kelas Pra USM telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan sajak. Bagi hafazan pula, pada peringkat awalnya adik Ammar dari Pra UTM telah dipilih, oleh kerana beliau tidak dapat hadir pada hari pertandingan maka digantikan dengan adik Nurirdina dari Pra USM.

Sambutan hari jadi kedua pula telah diadakan pada 4/7/08. Sambutan kali ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan April hingga Jun.
Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Seremban pula telah diadakan pada 26/7/08 di SK Seri Pagi, Seremban. Prasekolah SK Taman Semarak telah menghantar wakil bagi acara Bercerita Bahasa Melayu iaitu adik Rabiatul Adawiyah yang telah mendapat tempat kedua dan terpilih untuk mewakili PPD Seremban ke peringkat negeri. Adik Nurul Farahin pula mewakili sekolah bagi pertandingan sajak dan adik Nurirdina bagi acara hafazan. Prasekolah SK Taman Semarak juga telah menghantar wakil bagi acara Nyanyian dan Gerakan iaitu seramai 8 orang murid dari Pra UTM dan 4 orang dari Pra USM, kumpulan ini telah mendapat bimbingan dan latihan sepenuhnya daripada GPK Ko-kurikulum iaitu Pn Nina Goh. Bagi pertandingan mewarna pula seramai 10 orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah dan adik Nur Diana Batrisyah telah mendapat tempat ketiga dan telah dipilih untuk mewakili PPD Seremban ke peringkat negeri.

Tuesday, January 20, 2009

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH SEMESTER 1 2008









JANUARI
Aktiviti prasekolah bermula pada hari pertama persekolahan iaitu pada 3 Januari 2008. Pada hari ini murid-murid prasekolah mula mendaftar. Sebelum pendaftaran dilakukan terlebih dahulu ibu bapa diberi taklimat oleh Guru Besar SK Taman Semarak dan beliau juga telah memperkenalkan guru-guru dan PPM yang terlibat kepada ibu bapa.

FEBRUARI
Pada bulan ini murid-murid SK Taman Semarak terlibat dalam sukan tahunan sekolah yang diadakan pada 12/2/08. Ini termasuk murid-murid prasekolah yang terlibat dalam acara sukaneka dan lumba lari 50m. Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu acara berkumpulan seperti mengisi air dalam botol, acara jalan terompah dan acara lumba lari 50m lelaki dan perempuan secara individu. Murid-murid prasekolah juga telah diberi kumpulan mengikut rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, biru dan hijau.

MAC
Sesi bergambar murid-murid prasekolah berserta guru-guru dan PPM telah diadakan pada 4/3/08. Gambar murid-murid telah diambil secara individu dan juga secara kelas dengan memakai jubah milik prasekolah. Pada tahun ini pihak prasekolah menggunakan khidmat jurufoto daripada Anis Foto.
Pada 28/3/08, sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Murid-murid prasekolah telah terlibat dalam acara perarakan yang bermula dari tapak perhimpunan dan melalui kawasan perumahan berhampiran sekolah dan berakhir di tapak perhimpunan semula. Selepas rehat, semua murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Pada 29/3/08 pula pihak prasekolah telah mengadakan sambutan hari jadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.
Pada 31/3/08 pula murid-murid prasekolah terlibat dengan pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia. Seramai 10 orang pemenang telah dipilih.

MEI
Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16/5/08. Sambutan ini juga melibatkan murid-murid prasekolah. pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan semua guru dan murid.




PEMILIHAN MURID-MURID PRASEKOLAH

Pemilihan murid-murid prasekolah SK Taman Semarak ini biasanya dilakukan pada bulan Oktober. Pemilihan akan dibuat oleh pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan PK Hem, guru-guru prasekolah dan seorang ahli J/Kuasa Waris Prasekolah.

Pemilihan akan dibuat berdasarkan ranking yang dibuat oleh PPM dengan formula berikut :

Jumlah Pendapatan Isi Rumah
________________________ = baki pendapatan
bilangan tanggungan

Contoh : RM 2400 / 6 orang = RM 400.00 ( ini jumlah yg dikira)

Hanya murid-murid yang terpilih sahaja akan diberi surat tawaran. Ibubapa/penjaga yang tidak menerima apa-apa surat sehingga akhir bulan November dianggap tidak berjaya. Ibubapa/penjaga yang telah menerima surat tawaran hendaklah mengembalikan keratan setuju terima dengan kadar segera kepada pihak prasekolah.

PENDAFTARAN PRASEKOLAH

Pendaftaran prasekolah SK Taman Semarak ini biasanya dibuka pada 1 Ogos - 31 Ogos tahun sebelum kemasukan murid- murid prasekolah. Contohnya bagi pengambilan dan kemasukan 2010, pendaftaran akan dibuka pada 1-31 Ogos 2009 ( tertakluk kepada perubahan ).

Borang pendaftaran boleh diambil di kelas prasekolah dan bukan di pejabat sekolah. Dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang pendaftaran tersebut adalah salinan sijil lahir kanak-kanak, salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga, salinan pendapatan (slip gaji) ibu/bapa/penjaga dan bil utiliti. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah disahkan.

Hebahan mengenai pendaftaran prasekolah ini akan dibuat pada perhimpunan sekolah serta melalui banner yang dipasang di pintu masuk sekolah.

BIODATA GURU & PPM PRASEKOLAH



PRA UTM
Nama Guru : Nor Azlina Abdul Aziz
Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dgn Kepujian (UM)
Kelayakan Ikhtisas : Sijil Perguruan Asas ( Pend. Awal Kanak-kanak)- MPPM
Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan 14 M ( Prasekolah ) Inst.Bahasa KL
Pengalaman Mengajar Prasekolah: 10 tahun
Nama PPM : Ruzaini Bt Abdullah
Kelayakan Akademik : SPM
Pengalaman Sbg PPM : 7 tahun

PRA USM
Nama Guru : Rizi Bt Abdul Razak
Kelayakan Akademik : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dgn Kepujian ( USM )
Kelayakan Ikhtisas : Diploma Perguruan ( Pend.Awal Kanak-kanak ) - MPI
Pengalaman Mengajar Prasekolah: 5 tahun

Nama PPM : Norashikin Bt Md Nasir

Kelayakan Akademik : SPM & Sijil Politeknik

Pengalaman sbg PPM: 4 tahun


Saturday, January 17, 2009

MENGENAI PRASEKOLAH


Prasekolah SK Taman Semarak ini dibuka pada tahun 2003 dan terdiri daripada 2 kelas yang diberi nama PRA UTM dan PRA USM. Prasekolah ini dikendalikan oleh 2 orang guru serta 2 orang PPM dengan jumlah murid seramai 50 orang .

Lokasi prasekolah ini terletak di Aras 1 SK Taman Semarak,Nilai,Negeri Sembilan. Kemudahan yang disediakan termasuk sebuah taman permainan yang terletak bersebelahan dengan kantin sekolah. Prasekolah ini juga mempunyai satu ruang dapur, tandas dan ruang makan yang digunakan bersama bagi murid-murid di kedua-dua kelas.

ALAMAT

PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SEMARAK

71800 NILAI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL : 06-7997298

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin