Welcome Notes

Tuesday, January 20, 2009

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH SEMESTER 1 2008









JANUARI
Aktiviti prasekolah bermula pada hari pertama persekolahan iaitu pada 3 Januari 2008. Pada hari ini murid-murid prasekolah mula mendaftar. Sebelum pendaftaran dilakukan terlebih dahulu ibu bapa diberi taklimat oleh Guru Besar SK Taman Semarak dan beliau juga telah memperkenalkan guru-guru dan PPM yang terlibat kepada ibu bapa.

FEBRUARI
Pada bulan ini murid-murid SK Taman Semarak terlibat dalam sukan tahunan sekolah yang diadakan pada 12/2/08. Ini termasuk murid-murid prasekolah yang terlibat dalam acara sukaneka dan lumba lari 50m. Sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu acara berkumpulan seperti mengisi air dalam botol, acara jalan terompah dan acara lumba lari 50m lelaki dan perempuan secara individu. Murid-murid prasekolah juga telah diberi kumpulan mengikut rumah sukan iaitu rumah merah, kuning, biru dan hijau.

MAC
Sesi bergambar murid-murid prasekolah berserta guru-guru dan PPM telah diadakan pada 4/3/08. Gambar murid-murid telah diambil secara individu dan juga secara kelas dengan memakai jubah milik prasekolah. Pada tahun ini pihak prasekolah menggunakan khidmat jurufoto daripada Anis Foto.
Pada 28/3/08, sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Murid-murid prasekolah telah terlibat dalam acara perarakan yang bermula dari tapak perhimpunan dan melalui kawasan perumahan berhampiran sekolah dan berakhir di tapak perhimpunan semula. Selepas rehat, semua murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Pada 29/3/08 pula pihak prasekolah telah mengadakan sambutan hari jadi bagi murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac.
Pada 31/3/08 pula murid-murid prasekolah terlibat dengan pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia. Seramai 10 orang pemenang telah dipilih.

MEI
Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16/5/08. Sambutan ini juga melibatkan murid-murid prasekolah. pelbagai aktiviti telah dijalankan yang melibatkan semua guru dan murid.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin