Welcome Notes

Saturday, January 24, 2009

LAPORAN AKTIVITI PRASEKOLAH SEMESTER 2 2008




















JULAI

Pada 3/7/08 pihak prasekolah telah menganjurkan Pertandingan Hari Bakat. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih peserta yang akan mewakili sekolah ke Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Seremban. Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan iaitu Bercerita Bahasa Melayu, Hafazan dan Sajak. Adik Rabiatul Adawiyah dari kelas Pra USM telah terpilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu manakala adik Nurul Farahin yang juga dari kelas Pra USM telah dipilih untuk mewakili sekolah bagi pertandingan sajak. Bagi hafazan pula, pada peringkat awalnya adik Ammar dari Pra UTM telah dipilih, oleh kerana beliau tidak dapat hadir pada hari pertandingan maka digantikan dengan adik Nurirdina dari Pra USM.

Sambutan hari jadi kedua pula telah diadakan pada 4/7/08. Sambutan kali ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan April hingga Jun.
Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Seremban pula telah diadakan pada 26/7/08 di SK Seri Pagi, Seremban. Prasekolah SK Taman Semarak telah menghantar wakil bagi acara Bercerita Bahasa Melayu iaitu adik Rabiatul Adawiyah yang telah mendapat tempat kedua dan terpilih untuk mewakili PPD Seremban ke peringkat negeri. Adik Nurul Farahin pula mewakili sekolah bagi pertandingan sajak dan adik Nurirdina bagi acara hafazan. Prasekolah SK Taman Semarak juga telah menghantar wakil bagi acara Nyanyian dan Gerakan iaitu seramai 8 orang murid dari Pra UTM dan 4 orang dari Pra USM, kumpulan ini telah mendapat bimbingan dan latihan sepenuhnya daripada GPK Ko-kurikulum iaitu Pn Nina Goh. Bagi pertandingan mewarna pula seramai 10 orang murid telah dipilih untuk mewakili sekolah dan adik Nur Diana Batrisyah telah mendapat tempat ketiga dan telah dipilih untuk mewakili PPD Seremban ke peringkat negeri.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin