Welcome Notes

Sunday, August 8, 2010

HARI TERBUKA PRASEKOLAH 1









Hari Terbuka Prasekolah kali 1 ini telah diadakan pada 30 Julai 2010 iaitu hari Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tujuan diadakan hari terbuka ini adalah untuk mengadakan perbincangan di antara pihak ibu bapa dan guru berkaitan kemajuan/prestasi akademik serta perkembangan murid-murid prasekolah. Seramai 23 orang ibu bapa murid-murid Pra UTM dan 24 orang ibubapa dari Pra USM telah hadir pada hari ini.

Saturday, August 7, 2010

MESYUARAT J/KUASA WARIS PRASEKOLAH




Mesyuarat J/kuasa waris prasekolah ini telah diadakan pada 22 Julai 2010 bersamaan hari Khamis. Mesyuarat ini bermula jam 12.45 tengahari. Seramai 16 orang daripada 20 orang ahli jawatankuasa telah hadir pada mesyuarat ini. Agenda mesyuarat bermula dengan ucapan pengerusi, taklimat mengenai program gotong-royong, jamuan hari raya, lawatan dan hal-hal lain. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Hairul Azian Bin Abu Hassan selaku Pengerusi J/kuasa Waris Prasekolah. Turut hadir Guru Besar SK Taman Semarak, En. Zaharuddin Bin Abu Hassan selaku Penasihat. Jamuan ringan turut disediakan dan mesyuarat ini telah ditangguhkan jam 2.00 petang.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin