Welcome Notes

Tuesday, October 20, 2009

PEMILIHAN MURID-MURID PRASEKOLAH 2010

Pemilihan murid-murid prasekolah bagi sesi 2010 telah pun dilaksanakan oleh pihak pentaddbir sekolah serta guru-guru prasekolah. Bagi murid-murid yang telah dipilih, surat tawaran telah pun diedarkan kepada ibu bapa murid-murid tersebut. Surat jawapan setuju terima juga telah pun dikembalikan kepada pihak prasekolah sebelum 16 Oktober 2009 yang lalu. Setakat ini semua murid yang ditawarkan ke prasekolah SKTS bersetuju menerima tawaran tersebut. Bagi murid-murid yang tidak mendapat tawaran pula, surat jawapan akan diedarkan bermula pada 1 November 2009.

Thursday, October 8, 2009

JAMUAN HARI RAYA STAF SKTS






Jamuan hari raya Aidil Fitri ini telah diadakan pada 7 Oktober 2009, majlis ini adalah anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SKTS. Majlis ini juga turut dihadiri oleh semua guru-guru Kelas Agama Petang serta pekerja-pekerja am sekolah. Majlis bermula pada jam 1.35 petang dan berakhir jam 3.00 petang. Pelbagai juadah disediakan kerana jamuan yang diadakan berkonsepkan 'pot luck'. Dua orang guru wanita iaitu Pn Shakila dan Pn Faridah (PK HEM) telah memenangi hamper bagi kategori pakaian paling menarik dan mengikut tema, bagi kategori guru lelaki pula dimenangi oleh En Razali dan En Azrul.

Saturday, October 3, 2009

SAMBUTAN AIDIL FITRI 2009






Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2009 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat bersamaan 2 Oktober 2009. Majlis dimulakan dengan perhimpunan, kemudian semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk membuat persiapan 'kelas terbuka'. Pada majlis ini semua murid SKTS memakai 'baju raya' dan sememangnya ramai yang bergaya. Majlis ' kelas terbuka' berakhir jam 11.30 pagi dan sebelum bersurai semua murid diarah membersihkan kelas masing-masing.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin