Welcome Notes

Friday, August 21, 2009

PROGRAM KUASAI ABJAD LANTAS ARIF MEMBACA (KALAM)







Ucapan Pengerusi Majlis, Ucapan Perasmian dan Ceramah Penggunaan Buku Kalam



Waktu rehat dan kudapan








Sesi bengkel membuat alat bantu mengajar iaitu kad bunga kata

Program KALAM ini telah diadakan pada 15 Ogos 2009. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Waris Prasekolah SK Taman Semarak. Seramai 25 orang ibu bapa telah menghadiri majlis ini yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Atur cara program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan perasmian oleh Pengerusi iaitu En Mustafiruz dan seterusnya ceramah penggunaan Buku Kalam yang disampaikan oleh Puan Rusni Bt Che Adnan iaitu jurulatih prasekolah kebangsaan dan merangkap guru prasekolah SK Kg Baru Lanjut, Sepang. Bengkel membuat kad bunga kata turut diadakan selepas kudapan. Program yang julung kali diadakan ini mungkin menjadi program tetap pada masa akan datang. Antara objektif program ialah memberi pendedahan kepada ibu bapa cara mengajar anak-anak membaca menggunakan kaedah buku KALAM selain mengadakan kerjasama antara pihak ibu bapa dan prasekolah bagi meningkatkan penguasaan membaca di kalangan murid-murid prasekolah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin