Welcome Notes

Sunday, January 17, 2010

ULANG TAHUN PERTAMA


Happy Anniversary
Graphics



Hari ini genap setahun blog Prasekolah SK Taman Semarak ini diwujudkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penciptaan blog ini serta kepada semua pengunjung blog ini.

Monday, January 4, 2010

SESI PERSEKOLAHAN 2010

Pada hari ini, 4 Januari 2010 bersamaan hari Isnin bermulanya sesi persekolahan bagi 2010. Perhimpunan rasmi tidak dapat dijalankan kerana hujan, walaupun begitu semuanya berjalan dengan lancar. Bagi prasekolah, hanya terdapat seorang murid sahaja yang menangis apabila ditinggalkan oleh ayahnya. Murid tersebut berhenti menangis dan mula berinteraksi dengan rakan-rakan 10 minit kemudian. Pada hari pertama persekolahan ini, murid-murid prasekolah telah dibenarkan pulang jam 11.30 pagi.

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH 2010

Pendaftaran murid prasekolah SKTS bagi sesi 2010 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 3 Januari 2010. Jutaan terima kasih diucapkan pada Cikgu Roziah Razak yang mengendalikan pendaftaran bagi kelas Pra USM kerana guru kelas tersebut cuti bersalin. Bagi kelas Pra UTM dikendalikan sendiri oleh guru kelas, Cikgu Nor Azlina dan Pn Norashikin, PPM Pra USM pula mengendalikan uniform serta mengambil catatan berkaitan dengan kenderaan yang dinaiki murid ketika pulang. PPM Pra UTM juga tidak dapat hadir kerana menguruskan kemasukan anak di asrama. Pendaftaran ini bermula jam 9.00pagi dan berakhir jam 2.oo petang. Hanya 3 orang murid sahaja yang masih belum daftar.

Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 30, 2009

MESYUARAT GURU KALI 1/2010

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 28 Disember 2009 bersamaan hari Isnin bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari, bertempat di bilik Sidang Perdana SKTS. Jamuan makan tengahari juga disediakan bertempat di kantin sekolah. Seramai 3 orang guru baru telah melaporkan diri. Pada 29/12/09 pula akan diadakan mesyuarat guru-guru Kelas Agama Petang. Hari seterusnya iaitu pada 30/12/09 akan diadakan mesyuarat Kurikulum dan pada 31/12/09 pula akan diadakan mesyuarat Hal Ehwal Murid dan Ko-kurikulum. Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah pula akan diadakan pada hari Ahad, 3 Januari 2010.

Monday, December 14, 2009

KURSUS ORIENTASI KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2009


Kursus KSPK Jab. Pelajaran Negeri Sembilan kump. 2



Ahli kumpulan PGPBA yang mendapat tempat kedua kategori kumpulan terbaik


Antara aksi peserta untuk aktiviti permainan luar


Antara hasil pembentangan



Peserta kursus sedang mengadakan perbincangan

Kursus orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi guru-guru di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan telah diadakan di Melaka. Co-hort pertama iaitu bagi guru-guru prasekolah daerah Seremban, Kuala Pilah dan Rembau telah diadakan pada 1-4 Disember 2009 bertempat di Hotel Orkid, Melaka manakala bagi co-hort kedua iaitu bagi guru-guru prasekolah daerah Jelelebu/Jempol, Port Dickson dan Tampin telah diadakan pada 7-10 Disember 2009 bertempat di The Emperor Hotel, Melaka. KSPK ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010. Terdapat beberapa perubahan yang begitu ketara dari segi masa persekolahan dari 31/2 jam kepada 4jam. Penggunaan 50% Bahasa Malaysia dan 50% Bahasa Inggeris, perubahan dari segi komponen dan sebagainya.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin