Welcome Notes

Wednesday, March 7, 2012

MESYUARAT J/KUASA PEMILIHAN MURID 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid-murid Prasekolah pula telah diadakan pada 6 Oktober 2011. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Semarak dan seramai 7 orang AJK terlibat dalam mesyuarat ini iaitu Cik Hjh Maznah (GPK Akademik), Pn. Azihan (GPK HEM), Pn. Nor Azlina(Guru Pra UTM), Pn.Ruzaini (PPM Pra UTM), Pn. Norashikin (PPM Pra USM) dan Pn. Ayu Hasni (wakil PIBG SKTS) dan En. Azhar (Naib Pengerusi J/K Waris Prasekolah) . Antara agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi majlis, taklimat pemilihan murid prasekolah, memilih murid-murid prasekolah sesi 2012 dan hal-hal lain. Mesyuarat ini telah ditangguhkan jam 3.00 petang.

MAJLIS AIDIL FITRI & HARI LAHIR 3









Majlis Aidil Fitri dan Hari Lahir ke 3 ini diadakan pada 27 September 2011. Majlis Hari Jadi ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September.

LAWATAN KE AQUARIA KLCC 2011







Lawatan ke Aquaria KLCC ini telah diadakan pada 15 September2011. Sememangnya lawatan ini sangat menyeronokkan kerana murid-murid dapat pengetahuan dan pengalaman baru tentang hidupan air.

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2011





Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan dari 15 Ogos 2011 hingga 9 September 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan lagu-lagu patriotik, mengenali tokoh, pertandingan mewarna dan sebagainya. Semua murid SKTS termasuk prasekolah terlibat dengan aktiviti yang dijalankan.

MINGGU SAINS 2011







Minggu Sains telah diadakan dari 4 hingga 13 Julai 2011. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Murid-murid prasekolah juga terlibat dengan pertandingan mewarna dan lawatan ke pameran sains.

HARI TERBUKA PRASEKOLAH 2011







Hari Terbuka Prasekolah telah diadakan pada 24 Jun 2011. Tujuan diadakan Hari Terbuka ini adalah untuk mengadakan perbincangan antara guru dan ibu bapa tentang pencapaian dan perkembangan murid-murid prasekolah.

SAMBUTAN HARI LAHIR 2 2011





Sambutan Hari Lahir ke 2 ini telah diadakan pada 6 Julai 2011. Majlis ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan April, Mei dan Jun.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin