Welcome Notes

Wednesday, May 11, 2011

RAWATAN PERGIGIAN 2011





Rawatan pergigian bagi tahun 2011 telah dijalankan pada 11 MAC 2011 iaitu hari Jumaat bermula jam 10.30 pagi. Seperti biasa jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Mantin mengadakan sesi ceramah kepada murid-murid prasekolah dan selepas itu baru dijalankan praktikal cara-cara menggosok gigi dengan betul. Pihak prasekolah SKTS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jururawat pergigian yang sudi hadir ke prasekolah SKTS.


Tuesday, March 29, 2011

SESI FOTOGRAFI 2011



Sesi fotografi 2011 ini telah dilaksanakan pada 24 Februari 2011 iaitu hari Khamis. Sesi fotografi ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Bermula dengan mengambil gambar secara kelas iaitu dari Pra UTM dan selepas itu murid-murid Pra UTM mengambil gambar secara individu. Selepas selesai murid-murid Pra UTM, baru dimulakan dengan Pra USM secara kelas dan individu. Setelah selesai semua murid Pra USM, guru-guru dan PPM prasekolah pula mengambil tempat untuk bergambar. Pada tahun ini pihak prasekolah SKTS masih menggunakan khidmat dari Anis Foto.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011






Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2011 iaitu hari Jumaat. Majlis ini bermula jam 8.00 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, perarakan untuk murid-murid tahap 2 dan persembahan murid. Pada majlis ini juga semua murid memakai baju Melayu bagi murid lelaki dan baju kurung bagi murid perempuan.

Monday, March 28, 2011

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA & GURU PRASEKOLAH 2011

Majlis ini diadakan pada 18 Januari 2011 bersamaan hari Selasa bertempat di Bilik Sidang Perdana. Majlis ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTS, En. Zaharuddin Abu Hassan. Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak ibu bapa dan warga sekolah, perlantikan J/Kuasa Waris Prasekolah 2011 dan perbincangan aktiviti prasekolah. Pihak prasekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir pada majlis ini terutama ibu bapa dan pentadbir sekolah.







Tuesday, February 1, 2011

PENDAFTARAN MURID PRASEKOLAH & TAHUN 1 2011

Pendaftaran murid prasekolah & Tahun 1 telah diadakan pada 1 Januari 2011, hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 25 orang murid dari Pra UTM dan 24 murid dari Pra USM telah hadir bersama ibu bapa masing-masing pada hari tersebut. Sesi pendaftaran telah berjalan dengan lancarnya.

Saturday, January 1, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

Glitter Graphics

Happy New Year Glitter Pictures

PROGRAM SKTS DIS 2010

ISNIN 27 DISEMBER 2010 - MESYUARAT GURU


SELASA 28 DISEMBER 2010 - MESYUARAT KURIKULUM & MESYUARAT HEM


RABU 29 DISEMBER 2010 - LDP OLEH TN HJ ABD AZIZ OTHMAN, KETUA UNIT JAMINAN KUALITI JPNS


KHAMIS 30 DISEMBER 2010 - MESYUARAT KO-KURIKULUM & MESYUARAT PANITIA BM/ BI / MATEMATIK / P.ISLAM


JUMAAT 31 DISEMBER 2010 - CUTI UMUM KHAS


SABTU 1 JANUARI 2011 - PENDAFTARAN PRASEKOLAH & TAHUN1 SERTA KUTIPAN YURAN TAHUN 2-6

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin