Welcome Notes

Wednesday, May 11, 2011

SAMBUTAN HARI LAHIR 1 2011

















Sambutan Hari Lahir 1 telah diadakan pada 30 MAC 2011 bersamaan hari Rabu bermula jam 10.00 pagi. Majlis ini adalah untuk meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mac. Menu pada hari ini ialah laksam, makanan barat, buah-buahan dan kek serta minuman. J/kuasa pengurusan dan j/kuasa waris juga turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

RAWATAN PERGIGIAN 2011





Rawatan pergigian bagi tahun 2011 telah dijalankan pada 11 MAC 2011 iaitu hari Jumaat bermula jam 10.30 pagi. Seperti biasa jururawat pergigian dari Klinik Pergigian Mantin mengadakan sesi ceramah kepada murid-murid prasekolah dan selepas itu baru dijalankan praktikal cara-cara menggosok gigi dengan betul. Pihak prasekolah SKTS merakamkan ucapan terima kasih kepada semua jururawat pergigian yang sudi hadir ke prasekolah SKTS.


Tuesday, March 29, 2011

SESI FOTOGRAFI 2011



Sesi fotografi 2011 ini telah dilaksanakan pada 24 Februari 2011 iaitu hari Khamis. Sesi fotografi ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Bermula dengan mengambil gambar secara kelas iaitu dari Pra UTM dan selepas itu murid-murid Pra UTM mengambil gambar secara individu. Selepas selesai murid-murid Pra UTM, baru dimulakan dengan Pra USM secara kelas dan individu. Setelah selesai semua murid Pra USM, guru-guru dan PPM prasekolah pula mengambil tempat untuk bergambar. Pada tahun ini pihak prasekolah SKTS masih menggunakan khidmat dari Anis Foto.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2011






Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2011 iaitu hari Jumaat. Majlis ini bermula jam 8.00 pagi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan, perarakan untuk murid-murid tahap 2 dan persembahan murid. Pada majlis ini juga semua murid memakai baju Melayu bagi murid lelaki dan baju kurung bagi murid perempuan.

Monday, March 28, 2011

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA & GURU PRASEKOLAH 2011

Majlis ini diadakan pada 18 Januari 2011 bersamaan hari Selasa bertempat di Bilik Sidang Perdana. Majlis ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTS, En. Zaharuddin Abu Hassan. Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak ibu bapa dan warga sekolah, perlantikan J/Kuasa Waris Prasekolah 2011 dan perbincangan aktiviti prasekolah. Pihak prasekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir pada majlis ini terutama ibu bapa dan pentadbir sekolah.







LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin