Welcome Notes

Wednesday, October 20, 2010

PENDAFTARAN & MESYUARAT PEMILIHAN MURID-MURID PRASEKOLAH 2011

Pendaftaran Murid Prasekolah bagi sesi 2011 telah pun dibuka dari 1 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010. Sebanyak 64 borang pendaftaran telah diterima sehingga tarikh tutup.


Mesyuarat J/kuasa Pemilihan Murid-Murid Prasekolah 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid-murid Prasekolah pula telah diadakan pada 30 September 2010 bersamaan hari Khamis bermula jam 12.45 t/hari dan diadakan di kelas Pra UTM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Semarak dan seramai 7 orang AJK terlibat dalam mesyuarat ini iaitu Cik Hjh Maznah (GPK Akademik), Pn. Azihan (GPK HEM), Pn. Nor Azlina(Guru Pra UTM), Pn. Rizi (Guru Pra USM), Pn.Ruzaini (PPM Pra UTM), Pn. Norashikin (PPM Pra USM) dan Pn. Ayu Hasni (wakil PIBG SKTS) dan seorang lagi AJK iaitu En. Kahar (wakil PIBG SKTS) tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Antara agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi majlis, taklimat pemilihan murid prasekolah, memilih murid-murid prasekolah sesi 2011 dan hal-hal lain.

Antara kriteria pemilihan murid prasekolah SKTS adalah warganegara Malaysia dan dari keluarga yang berpendapatan rendah, walau bagaimanapun atas budi bicara Guru Besar dan persetujuan dari semua AJK seramai 4 orang anak-anak guru SKTS juga turut dipilih. Seramai 50 orang calon murid daripada 64 borang permohonan telah dipilih untuk memasuki kelas prasekolah SKTS sesi 2011. 14 lagi terpaksa ditolak kerana melebihi perkapita dan terdapat juga borang yang tidak lengkap iaitu tiada pengesahan pendapatan serta tidak disertakan sijil lahir anak. Mesyuarat ini telah ditangguhkan jam 2.00 petang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin