Welcome Notes

Friday, October 29, 2010

KURSUS BAHASA INGGERIS GURU-GURU PRASEKOLAH 2010













Kursus Bahasa Inggeris Guru-Guru Prasekolah bagi JPN Negeri Sembilan telah diadakan pada 26 Oktober hingga 28 Oktober 2010 bagi kohort 2 bertempat di Golden Straits Villas, Port Dickson. Kursus ini adalah anjuran Bahagian Pendidikan Guru bersama Jabatan Pelajaran Negeri. Kursus ini diadakan bagi memenuhi keperluan Pelan Tindakan Pelaksanaan Peluasan Prasekolah di bawah National Key Result Areas (NKRA). Majlis Penutupan Rasmi kursus ini telah disempurnakan oleh Tn. Mohd Isah Bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNS.

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN PENGAGIHAN ALAT DAN BAHAN BANTU P&P DAERAH SEREMBAN 2010

Pada 14 Oktober 2010 bersamaan hari Khamis bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang bertempat di Balai Perdana, PPD Seremban telah diadakan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Prasekolah Dan Pengagihan Alat Dan Bahan Bantu P&P Peringkat Daerah Seremban. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah ucapan alu-aluan pengerusi, ucapan Penyelaras Prasekolah PPD Seremban iaitu En.Hussan Paigo, cadangan program/aktiviti tahun 2011 dan hal-hal lain. Boleh dikatakan semua guru prasekolah Daerah Seremban hadir pada mesyuarat tersebut.

TAKLIMAT MODUL PENTAKSIRAN PERKEMBANGAN MURID PRASEKOLAH 2010

Pada 13 Oktober 2010 bersamaan hari Rabu bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang bertempat di SMK Pendeta Za'ba, Seremban telah diadakan Taklimat Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah kepada guru-guru prasekolah di Negeri Sembilan bagi Kumpulan 2 oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Zaiton Zakaria dan Cik Zaharah Ismail Ali.

Sunday, October 24, 2010

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK & JAMUAN AIDIL FITRI 2010













Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Oktober 2010. Sambutan Hari Kanak-Kanak bermula jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa, ucapan wakil murid, ucapan perasmian, anugerah tokoh murid, persembahan dari prasekolah hingga tahun 6. Murid-murid prasekolah telah mempersembahkan istiadat perkahwinan Melayu. Acara Sambutan Hari Kanak-Kanak ini berakhir jam 10.30 pagi.

Jamuan Hari Raya pula diadakan di setiap kelas. Kebanyakan murid membawa juadah seperti kuih raya, snek dan sebagainya manakala menu utama disediakan oleh guru kelas. Majlis ini berakhir jam 12.00 t/hari.


TAKLIMAT PENGURUSAN GURU-GURU PRASEKOLAH DI BAWAH PROGRAM SUB-NKRA PRASEKOLAH KPM, JPNS BAGI SESI 2010-2011

Taklimat ini telah diadakan pada 23 September 2010 hari Khamis bermula jam 9.00 pagi dan bertempat di Dewan Theatrate, Wisma Negeri, Seremban serta dihadiri oleh semua guru prasekolah di Negeri Sembilan. Antara kandungan taklimat tersebut adalah tentang pendaftaran murid prasekolah 2011, anggaran belanja mengurus, perancangan program prasekolah 2011, Penubuhan J/kuasa, keperluan prasekolah dan lain-lain lagi bagi sesi 2011. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Pn. Zalijah dari unit prasekolah, JPNS. Tn. Hj Jamali pula telah menyampaikan taklimat berkaitan profesionalisme guru. Majlis diakhiri dengan Jamuan Aidil Fitri.

Wednesday, October 20, 2010

PENDAFTARAN & MESYUARAT PEMILIHAN MURID-MURID PRASEKOLAH 2011

Pendaftaran Murid Prasekolah bagi sesi 2011 telah pun dibuka dari 1 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010. Sebanyak 64 borang pendaftaran telah diterima sehingga tarikh tutup.


Mesyuarat J/kuasa Pemilihan Murid-Murid Prasekolah 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid-murid Prasekolah pula telah diadakan pada 30 September 2010 bersamaan hari Khamis bermula jam 12.45 t/hari dan diadakan di kelas Pra UTM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar SK Taman Semarak dan seramai 7 orang AJK terlibat dalam mesyuarat ini iaitu Cik Hjh Maznah (GPK Akademik), Pn. Azihan (GPK HEM), Pn. Nor Azlina(Guru Pra UTM), Pn. Rizi (Guru Pra USM), Pn.Ruzaini (PPM Pra UTM), Pn. Norashikin (PPM Pra USM) dan Pn. Ayu Hasni (wakil PIBG SKTS) dan seorang lagi AJK iaitu En. Kahar (wakil PIBG SKTS) tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut. Antara agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi majlis, taklimat pemilihan murid prasekolah, memilih murid-murid prasekolah sesi 2011 dan hal-hal lain.

Antara kriteria pemilihan murid prasekolah SKTS adalah warganegara Malaysia dan dari keluarga yang berpendapatan rendah, walau bagaimanapun atas budi bicara Guru Besar dan persetujuan dari semua AJK seramai 4 orang anak-anak guru SKTS juga turut dipilih. Seramai 50 orang calon murid daripada 64 borang permohonan telah dipilih untuk memasuki kelas prasekolah SKTS sesi 2011. 14 lagi terpaksa ditolak kerana melebihi perkapita dan terdapat juga borang yang tidak lengkap iaitu tiada pengesahan pendapatan serta tidak disertakan sijil lahir anak. Mesyuarat ini telah ditangguhkan jam 2.00 petang.

MAJLIS KHATAM QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI 2010



Pada 3 September 2010 bersamaan hari Jumaat telah diadakan majlis Khatam Al - Quran Peringkat Sekolah. Beberapa orang murid Tahun 5 telah Khatam Al - Quran. Penyampaian sumbangan dan derma kepada anak yatim dan mereka yang miskin turut diadakan. Akhir sekali, telah diadakan acara bersalaman dan bermaaf - maafan antara guru dan murid serta antara guru dengan guru.

BULAN KEMERDEKAAN 2010



Bulan Kemerdekaan 2010 dimulakan dengan majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah yang diadakan pada 16 Ogos 2010 dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Zaharuddin bin Abu Hassan. Persembahan sketsa, deklamasi sajak dan juga nyanyian lagu - lagu patriotik oleh murid - murid dan juga guru - guru merupakan aktiviti yang dijalankan pada majlis ini.



Pada 30 Ogos 2010 yang lalu telah diadakan Majlis Ambang Merdeka peringkat sekolah. Antara acara yang dijalankan adalah perarakan mengikut kelas, pertandingan mendeklamasi sajak, pertunjukan pakaian tradisional dan juga pertandingan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan



Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena bulan kemerdekaan pula telah diadakan pada 17 September 2010.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin