Welcome Notes

Friday, November 5, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN BUAYA & REKREASI MELAKA 2010





























Lawatan Sambil Belajar Prasekolah ke Taman Buaya dan Rekreasi, Melaka telah diadakan pada 4 NOV 2010 iaitu hari Khamis. Seramai 40 orang murid, 2 orang guru, 2 orang PPM dan 2 orang staf sokongan telah turut serta dalam rombongan ini. Antara objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang terdapat di Taman Buaya dan Rekreasi, memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak kehidupan sebenar pelbagai jenis buaya dan reptilia lain, mengenal pelbagai jenis bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia melalui replika di Taman Buaya ini serta boleh bekerjasama dengan rakan sebaya ketika mengadakan aktiviti.

Rombongan telah bertolak dari SKTS lebih kurang jam 12 tengahari dan tiba di Melaka lebih kurang jam 2.00 petang. Murid-murid terlebih dahulu diberi makan tengahari iaitu nasi goreng, ayam goreng dan air mineral. Selepas itu murid bersiap untuk mandi dan bermain air. Sebelum pulang, ahli rombongan melawat dan melihat buaya-buaya, kemudian ke taman burung selepas itu ke rumah reptilia dan seterusnya melawat replika bangunan bersejarah. Ada diantara murid-murid yang membeli cenderamata di kedai yang terdapat di Taman tersebut. Minum petang diberi kepada murid di dalam bas iaitu satu paket biskut, air milo kotak dan seiji epal. Alhamdulillah rombongan selamat tiba di SKTS tepat jam 7 petang. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini dan terima kasih juga kepada Guru Besar En. Zaharuddin yang telah memberikan tiket diskaun untuk masuk ke Taman ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin