Welcome Notes

Friday, November 5, 2010

PROGRAM GOTONG-ROYONG TAMAN PERMAINAN PRASEKOLAH 2010





























Program ini telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 t/hari. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Waris Prasekolah. Antara objektif program ini adalah untuk menceriakan taman permainan prasekolah dengan tanaman pokok-pokok bunga dan pokok hiasan, mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga murid-murid prasekolah serta mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan jawatankuasa dan guru-guru. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTS iaitu En. Zaharuddin Bin Abu Hassan. Pihak prasekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir menjayakan program ini.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin